21.9 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

JDT Hummer Tour tarikan terbaru di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim, di sini, menawarkan produk pelancongan yang dikenali sebagai JDT Hummer Tour sebagai perintis pelancongan sukan di negeri ini.

Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Kevin Ramalingam, berkata produk pelancongan sukan itu adalah tarikan baharu yang dibuka kepada orang ramai di stadium berkenaan bermula esok.

Katanya, JDT Hummer Tour itu ditawarkan dengan kadar bayaran RM30 setiap orang.

“JDT Hummer Tour ini membolehkan pengunjung melihat sendiri stadium ikonik bola sepak Johor Darul Ta’zim itu selama 10 minit dengan menaiki kereta mewah limosin Hummer, yang disediakan.

“Setakat ini hanya dua limosin Hummer disediakan untuk pengunjung yang ingin menikmati tawaran berkenaan.

“JDT Hummer Tour yang akan berlegar di sekitar stadium akan beroperasi setiap minggu dari Jumaat hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

“Orang ramai yang ingin menikmati JDT Hummer Tour boleh mendapatkan terus tiket di kaunter tiket pintu masuk utama stadium,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kevin berkata, selain JDT Hummer Tour, pihaknya juga menawarkan stadium tour di mana orang ramai boleh melihat di sebalik tabir Stadium Sultan Ibrahim.

“Sebuah restoran keluarga juga telah dibuka di sini yang akan diikuti oleh banyak restoran dan cafe lain, menjadikan Stadium Sultan Ibrahim produk pelancongan sukan yang sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah,” katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan, restoran keluarga berkonsep Western iaitu Woodfire Burger juga akan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam disusuli restoran, cafe dan kedai komersial lain yang akan dibuka dalam masa terdekat.

Sumber : Berita Harian

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 8:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar