22.4 C
Malaysia
Monday, June 5, 2023

Janna Nick dengan Gatal Raya

KUALA LUMPUR: Selepas single Gatal dendangan Janna Nick tular dalam media sosial sehingga mendapat perhatian pendengar global, karya itu diadun semula dengan judul Gatal Raya sempena Aidilfitri.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, berkata single Gatal Raya dihasilkan selepas single Gatal sentuhan komposer dan penyanyi, Aepul Roza mendapat sambutan luar biasa.

“Nampaknya demam lagu Gatal belum reda dan memandangkan sambutan luar biasa yang berterusan dengan jumlah tontonan sebanyak 6.6 juta menerusi laman YouTube. Warner Music Malaysia mencadangkan agar single Gatal dihasilkan dalam versi raya pula.

“Komposer asal, Aepul diberikan tanggungjawab menulis semula lirik dan menggubah susunan muzik bersesuaian dengan sambutan Lebaran,” katanya kepada BH Online.

Kongsi Janna, single Gatal Raya berjaya dirakamkan dalam masa dua jam di Studio Dramabois, manakala proses adunan serta suntingan pula mengambil masa selama seminggu dilaksanakan.

“Walaupun jadual saya agak padat, tetapi kami berjaya merakamkannya dalam masa yang singkat. Ini kerana saya sudah bekerja dengan Aepul, jadi, faham apa yang dikehendaki ketika berada dalam studio.

“Namun begitu, saya tidak berpeluang menghasilkan video muzik kerana kekangan masa. Jadi, kami melancarkan audio rasmi sahaja dalam laman YouTube,” katanya.

Single Gatal Raya bergenre rancak dalam nuansa moden ini masih mengekalkan tempo sama dengan penambahbaikan muzik dengan diselitkan instrumen yang sering digunakan dalam kebanyakan lagu raya.

“Walaupun begitu, ia tetap kedengaran segar. Biarpun lagu bertemakan Syawal, namun keaslian bunyi single Gatal masih jelas kedengaran.

“Maksudnya, single ini agak berterus-terang dengan berkisarkan mengenai sambutan Aidilfitri. Dan ia juga bagaimana menjelangnya Aidilfitri nanti.

“Ramai akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu sanak-saudara dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain,” katanya.

Janna berkata, Ramadan adalah bulan untuknya bekerja dan melunaskan pelbagai aktiviti seni yang sudah direncanakan sejaka sekian lama.

Baginya, Aidilfitri juga hari yang dinantikan kerana berpeluang bertemu dengan keluarga di kampung selepas dua tahun tidak bersua.

Justeru, Janna berharap single Gatal Raya menerima sambutan baik seperti single Gatal yang diterbitkan sebelum ini.

“Semoga single Gatal Raya diterima ramai dan dapat menemani pendengar sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Saya juga berharap agar jenama Gatal terus mendapat sokongan dan diingati sampai bila-bila,” katanya.

Single Gatal Raya boleh dimuat turun menerusi iTunes dan boleh didengari melalui aplikasi penstriman dalam talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Audio rasmi single pula akan dimuat naik secara eksklusif hanya menerusi saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Sumber : Warner Music Malaysia

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 4, 2023 11:06 pm

Latest Articles

Skip to toolbar