21.7 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Jangkitan Covid-19 meningkat 3,321 kes

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan peningkatan dengan 3,321 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,467,061 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat 10 kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 1,416 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,406,613 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (1,220 kes), Kuala Lumpur (573 kes), Negeri Sembilan (288 kes), Perak (221 kes), Pulau Pinang (208 kes), Putrajaya (182 kes) dan Melaka (140 kes).

“Seterusnya, Sabah (57 kes), Kedah (98 kes), Johor (88 kes), Pahang (73 kes), Sarawak (71 kes), Terengganu (42 kes), Kelantan (37 kes), Labuan (14 kes) dan Perlis (sembilan kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,598 kes serta tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,539 kes.

Sebanyak 24,850 kes aktif dilaporkan melibatkan 23,385 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,373 kes di hospital, 25kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 4:22 pm

Latest Articles

Skip to toolbar