31.3 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Jangan Perjudikan Hidup, MMA Beritahu Golongan Belum Ambil Vaksin Covid-19

PETALING JAYA: Orang ramai yang masih belum mendapatkan vaksin Covid-19 sedang memperjudikan kehidupan mereka sendiri, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata walaupun gejala yang dialami daripada varian Omicron virus Covid-19 kebanyakannya ringan, namun ia tidak selalu berlaku.

Beliau berkata, masih terdapat kemungkinan untuk seseorang mengalami gejala teruk sekiranya sistem imunisasi badan mereka lemah.

Katanya, ia juga boleh berlaku walaupun mereka telah disuntik.

“Apa lagi untuk mereka yang belum menerima suntikan pertama? Oleh itu, mesej MMA kepada orang ramai ialah: ‘jangan memperjudikan kehidupan anda sendiri’

“Dapatkan perlindungan maksimum menerusi vaksinasi dan suntikan dos penggalak,” katanya dalam kenyataan.

Koh berkata langkah itu perlu memandangkan walaupun negara sedang beralih ke fasa endemik, masih terdapat kemasukan ke hospital dan kematian akibat Covid-19 setiap hari.

“Warga emas dan mereka dengan masalah komorbid yang belum menerima suntikan dos penggalak tidak harus menangguhkannya lagi.

“Varian Omicron sangat mudah menular dan kemungkinan untuk lebih ramai dijangkiti Covid-19 pada satu-satu masa agak tinggi. Jadi langkah terbaik adalah mendapatkan suntikan dos penggalak,” katanya.

Koh menghargai langkah Protect Health menyediakan perkhidmatan vaksin di rumah kepada warga emas yang tidak dapat pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 8:04 am

Latest Articles

Skip to toolbar