21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Ismail Sabri Teruja Disambut Di Airport, Rupanya Semua Dah Dibayar?

Beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pulang ke Malaysia setelah empat hari berada di Washington, DC atas urusan kerja.

Kepulangannya ke negara ini semula telah disambut meriah oleh ramai pihak dan beliau mengucapkan rasa syukur serta menghargai orang-orang yang ada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaannya.

Biarpun berasa gembira dengan sambutan yang diterima, ada netizen yang menularkan satu foto memaparkan screenshot mesej mengenai pembayaran yang bakal diterima jika menyambut Ismail Sabri di lapangan terbang Subang ketika itu.

Melihat dari paparan mesej tersebut, setiap seorang yang datang ke airport Subang ketika hari ketibaan PM ketika Ahad pagi itu akan dibayar RM100.

Oleh kerana ciapan terbabit telah pun tular di platform itu, ramai netizen meninggalkan komen memerli kerana merasakan Ismail Sabri tidak sepatutnya meluahkan rasa ‘gembira’ sedangkan semua yang datang hanya berlakon semata-mata.

Sehingga kini, ciapan terbabit telah meraih lebih dari 11,000 tanda suka dan hampir 10,000 retweet daripada pengguna platform media sosial terbabit.

Sumber : Beautifulnara

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar