21.7 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

Intan Najwa dilabel menantu edisi terhad

Disebabkan  sambutan raya tahun ini agak mengejut, ramai yang membuat persiapan dalam keadaan kelam kabut.

Macam-macam ragam orang ramai yang Diva lihat dalam media sosial termasuk golongan selebriti.

Salah seorangnya ialah si cantik manis Intan Najuwa yang bertungkus lumus memasak juadah hari raya bersama ahli keluarganya. Dengarnya sampai tidur lewat.

Aksinya yang tidak kekok sepanjang membuat kerja-kerja dapur seperti memasak membuatkan ramai ‘terpukau’.

Rata-rata netizen memuji ‘kelincahan’ Intan di dapur dan ada pula yang melabelnya sebagai calon menantu edisi terhad.

“Ini baru betul layak hantaran RM20,000 atau RM30,000. Rajin, cerdik dan cantik,” komen netizen.“Calon menantu limited edition. Tiada dijual di pasar raya ya,” seloroh seorang lagi netizen.

Memang banyak komen memuji. Nampak gayanya, berebutlah bakal ibu mentua yang nak jadikan Intan sebagai menantu.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
22,957
Total active cases
Updated on October 5, 2022 8:38 pm

Latest Articles

Skip to toolbar