22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Intan Ladyana, Harris Alif kongsi gambar anak

Pasangan selebriti Harris Alif, 23, dan Intan Ladyana, 40, akhirnya berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Eviee Khadeeja.

Selepas dua bulan dikurniakan anak, Harris dan Intan memuat naik gambar berserta keterangan gambar di Instagram mengumumkan nama bayi perempuan mereka itu.

“Salam Ramadan daripada kami sekeluarga, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di Instagram kedua-duanya, rakan-rakan artis serta peminat begitu teruja dengan perkongsian berkenaan.

Rata-ratanya memuji wajah comel Khadeeja. Walaupun masih kecil, namun Khadeeja saling tak tumpah cantik seperti ibunya yang sungguh menawan.

Harris menerusi Instagram turut menitipkan ucapan Ramadan kepada pengikutnya serta tampak sangat teruja dengan gambar pertama keluarga bahagianya itu.

Pasangan ini dikurniakan anak penghujung Januari lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan itu menjadi perbualan netizen disebabkan jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 7:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar