21.1 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Insiden tumbuk pengadil, kerajaan negeri kesal

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri kesal dengan insiden tumbukan ke atas pengadil perlawanan akhir bola sepak Sukan Terengganu (Sutera) antara pasukan Kuala Nerus menentang Marang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insiden itu sepatutnya dapat dielakkan jika semua penggiat sukan nombor satu itu mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat sebagai pengajaran.

Beliau juga menyarankan agar kawalan ketat diambil pihak penganjur bagi mengelak perkara sama berulang terutama Sutera edisi ketiga yang bakal dihoskan Daerah Dungun pada tahun depan.

Terdahulu tular dalam laman sosial seorang pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Khairul Halizan Abu Bakar ditumbuk pada bahagian muka oleh seorang penyokong selepas tamat perlawanan berkenaan yang berpihak kepada Marang dengan kemenangan 1-0.

“Kita kesal dengan insiden yang berlaku dalam perlawanan itu, kita serah kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang terlibat, pada masa sama kita akur apa-apa tindakan yang bakal dikenakan kepada individu berkenaan.

“Kita harap peristiwa sama tidak berulang kerana paling penting kita adakan kejohanan Sutera ini adalah bagi mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi termasuk pentas Sukan Malaysia (Sukma),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang pengadil yang enggan mendedahkan namanya turut kesal dengan insiden yang berlaku selain menyatakan sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 4:54 pm

Latest Articles

Skip to toolbar