23.9 C
Malaysia
Thursday, June 1, 2023

Indonesia Potong Subsidi Haji Susulan Kos Meningkat

JAKARTA: Berikutan kos haji yang meningkat pada tahun ini, kerajaan Indonesia dilaporkan bakal memotong susbidi haji bagi rakyatnya.

Lapor Suara.com, langkah itu perlu dilakukan dan dijangka dilaksanakan secara berperingkat susulan pembiayaan ibadah itu ketika ini disifatkan terlalu mahal.

Ketua Badan Pengurusan Kewangan Haji Indonesia, Anggito Abimanyu juga dilaporkan menyokong langkah terbabit kerana jelas beliau, prinsip menunaikan haji hanya untuk mereka yang mampu.

Anggito turut mendedahkan kos sebenar untuk menunaikan ibadah haji bagi seorang individu adalah sekitar 70 juta rupiah (RM20,000), tetapi jemaah Indonesia hanya perlu membayar separuh daripada jumlah itu.

Sehubungan itu, badan pengurusan terbabit perlu mencari dana subsidi bagi menampung keperluan pembiayaan haji untuk jemaah negara itu yang mencecah 6.9 trilion rupiah (RM1.9 bilion).

Terdahulu, Kementerian Agama (Kemenag) Indonesia merancang untuk menilai corak pengurusan kewangan haji tahun ini termasuk pertimbangan pemotongan subsidi kos haji.

Sumber : AGENSI

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 1, 2023 12:26 pm

Latest Articles

Skip to toolbar