24.1 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Individu disamun, dipukul dan motor dicuri

Sumber : dailymotion

Shah Alam: Bukan hanya disamun, malah seorang lelaki turut dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam, di sini pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun dalam perjalanan menghantar barang ke rumah rakan, berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Selepas kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu peribadi memaklumkan kepada isterinya berhubung kejadian itu dan isterinya segera membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian mata dan pipi, luka pada tangan kanan dan kiri kerana dipukul dengan tangan dan topi keledar oleh suspek.

“Mangsa turut mengalami kerugian apabila telefon bimbit Huawei Nova 4, dompet mengandungi dokumen penting serta wang RM50 dan motosikal mangsa dilarikan kumpulan suspek itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Iqbal berkata, punca kejadian masih dalam siasatan,

“Usaha mengesan kumpulan lelaki terbabit sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saiedayu di talian 03-55202222,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dipukul di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 9:56 am

Latest Articles

Skip to toolbar