NEW DELHI: India semalam melaporkan kes pertama COVID-19 varian Omicron XE di ibu kota kewangannya, Mumbai, menurut media tempatan.
Varian baharu itu dipercayai lebih mudah merebak berbanding varian Omicron yang pertama kali dikesan di Britain dan kini menjadi varian dominan di negara itu.
Ia dikatakan kira-kira 10 peratus lebih mudah merebak berbanding subvarian BA.2 Omicron, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sehingga kini, sub-varian BA.2 Omicron dianggap sebagai strain COVID-19 yang paling tinggi menjangkiti, menurut laporan media itu.
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter
Sumber : Berita Harian