30.6 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Imej Sebenar Belakang Motorola Frontier Terbocor, Sahkan Penggunaan Kamera 200MP

Motorola Frontier adalah telefon flagship 2022 yang khabar anginnya bertiup kencang sejak Januari lalu. Namun, kita cuma ada imej render 3D sahaja tentangnya sehinggalah hari ini, ada gambar daripada China yang mengesahkan keberadaan Motorola Frontier.

Daripada imej yang dikongsikan, memang sah telefon flagship yang bakal tiba ini diperkasa kamera utama 200MP daripada Samsung. Sensor ISOCELL HP1 ini telah kami laporkan pelancarannya sekitar September 2021 lalu.

HP1 memiliki keunikan tersendiri apabila ia ada teknologi Pixel Binning multiperingkat. Maksudnya, daripada sensor 200MP, menggunakan Pixel Binning, ia boleh bertukar kepada sensor 50MP, dan 12.5MP, bergantung kepada keadaan.

Size sensor HP1 agak besar iaitu 1/1.22” dan ia menjelaskan module kamera yang agak besar pada gambar belakang Motorola Frontier.

Khabar angin tentang Selain kamera, masih belum ada maklumat konkrit tentang spesifikasi Motorola Frontier ini. Namun, cakap-cakap ada mengatakan yang telefon ini ada paparan 6.67” OLED dengan refresh rate setinggi 144Hz. Ia dibekalkan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 125W.

Sumber yang sama turut mengatakan telefon ini bakal menemui pengguna dalam bulan Julai 2022.

Sumber: GSMArena

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 4:01 am

Latest Articles

Skip to toolbar