22.7 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Ibu sebak anak Syurga dilempang, dibuli di sekolah kerana rabun

HATI ibu mana yang tak luluh apabila mendapat tahu bahawa anaknya berhadapan dengan situasi dibuli di sekolah.

Sungguh menyayat hati melihat rakaman yang tular di laman sosial, TikTok @Faamulan71 yang memaparkan luahan hati seorang ibu menceritakan detik anaknya yang ‘istimewa’ telah menjadi bahan mainan rakan-rakan di sekolah.

Menurut Faa, anaknya seorang penghidap disleksia, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan juga mempunyai tahap rabun yang tinggi.

“Rabun dia 300 lebih macam tu dan silau dia pun tinggi dan dia tak boleh nampak kalau tak pakai spek mata,” jelasnya.

Kekurangan yang ada pada diri kanak-kanak berkenaan telah menyebabkan dia dibuli di sekolah.

@faamulan71

#stitch with @miaaaa sorry for the ugly cry face. tp bila membesarkan anak syurga ni mcm2 ujian kene kuat.

♬ original sound – Faamulan71 – Faamulan71

“Harini masa dia balik sekolah, dia cerita kena buli dengan kawan dia. Bukan saja ambik spek mata buat main tapi dia lempang anak aku.

“Balik sekolah tengok pipi dah merah, aku tanya adik ada kacau dia ke? Anak aku cakap tak ada ummi,” katanya.

Wanita berkenaan menjelaskan lagi, dia sering berhadapan dengan persepsi orang ramai yang suka ‘judge’.

“Kecik-kecik dah pakai spek mata,” jelas Faa tentang tiada seorang ibu pun yang menginginkan perkara berkenaan terjadi kepada anak-anak mereka.

Rentetan daripada kes buli itu, wanita berkenaan telah berjumpa dengan penyelia sekolah dan menjelaskan perkara itu tak sepatutnya berlaku.

“Saya dapat tahu bahawa budak yang buli anak saya itu pernah juga membuli budak lain juga,” jelasnya.

Penyelia sekolah menjelaskan kanak-kanak yang membuli itu datangnya dari ‘broken family’, namun ibu berkenaan tidak bersetuju untuk menjadikan itu sebagai alasan kanak-kanak terbabit boleh membuli.

Bukan itu sahaja, Faa turut berkata bahawa anaknya dibesarkan sendiri oleh single mother (merujuk kepada dirinya) tetapi tidak pula anaknya itu menumbuk atau membuli kanak-kanak lain.

Difahamkan juga, pihak sekolah telah cuba sedaya upaya membantu kanak-kanak terbabit dengan memberikan sesi kaunseling, namun tiada apa yang berubah.

Rakaman berkenaaan mendapat lebih 120 ribu tontonan pada video pertama dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

“Report dan proceed untuk jumpa mak bapak budak tu dan cikgu sekali sebab cikgu tak ambik tindakan.”

“So sorry to hear, puan boleh tempatkan dia ke sekolah yang lebih baik dalam kalangan kategori mereka. Dunia pendidikan khas sahaja yang memahami.”

“Sedihnya, baru darjah 1 dah ada situasi kena buli. Report to teacher dear. Semoga urusan awak dan anak-anak dipermudahkan.

“Nangis dengar. Allahuakhbar, jumpa mak bapak budak tu.”

Benarlah, tiada seorang ibu pun yang menginginkan keadaan anaknya sebegitu dan semua pihak seharusnya memainkan peranan untuk mengelakkan kanak-kanak lain turut dibuli di sekolah.

Sumber : The Sinar Plus

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 5:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar