22 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Ibu menyamar jadi lelaki demi keselamatan anak tunggal perempuannya

NEW DELHI – Seorang ibu tunggal di India sanggup menghabiskan hidupnya selama 36 tahun dengan menyamar sebagai lelaki kerana mahu membesarkan anaknya dalam komuniti patriarki, lapor laman Oddity Central semalam.

Masyarakat patriarki merupakan sistem masyarakat yang kekuasaannya dimonopoli oleh kaum lelaki.

S Petchiammal berusia 20 tahun semasa suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika usia perkahwinan mereka baru sahaja mencecah 15 hari dan dia disahkan hamil.

Selepas melahirkan anak perempuannya, Petchiammal mula melakukan pelbagai jenis pekerjaan bagi membesarkan anaknya di sebuah kampung di Tamil Naidu.

Dia pernah bekerja di tapak pembinaan, hotel dan kedai kopi, namun sering mengalami gangguan seksual dan dikasari di tempat kerja.

Menurut wanita itu, sebagai ibu tunggal, dia menghadapi pelbagai kesukaran untuk hidup dalam masyarakat patriarki, sehinggalah dia membuat keputusan untuk menyamar sebagai lelaki.

Suatu hari, Petchiammal pergi ke sebuah kuil, lalu memotong rambutnya, menyalin sari yang dipakai dengan baju biasa serta menukar namanya kepada ‘Muthu’.

Dia kemudian berpindah ke sebuah perkampungan lain bersama anak perempuannya bagi mengelakkan penyamarannya terbongkar.

“Hanya saudara terdekat dan anak saya sahaja tahu bahawa saya seorang wanita.

“Saya melakukan pelbagai pekerjaan daripada menjadi pelukis, pakar teh dan pakar parotta. Saya juga menyimpan setiap wang yang diperoleh bagi menjamin kehidupan anak saya,” katanya kepada akhbar The New Indian Express.

Petchiammal akhirnya mendedahkan mengenai penyamarannya hanya selepas anaknya berkahwin baru-baru ini, dan menerima pujian daripada ramai penduduk India disebabkan tindakannya itu.

Selepas menyamar selama 36 tahun, wanita itu berkata, dia ingin kekal dikenali sebagai Muthu sehingga ke akhir nyawanya.

Sumber : Agensi 

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 1:20 pm

Latest Articles

Skip to toolbar