22.7 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Hujan batu di Kampung Tinusa 2 Sandakan Sabah

Sandakan: Fenomena luar biasa berlaku di sebuah perkampungan atas air, Kampung Tinusa 2 dekat sini apabila penduduk dikejutkan dengan hujan batu kurang setengah jam sebelum waktu berbuka puasa petang tadi.

Kejadian berlaku selama kira-kira 20 minit sekitar 5.50 petang tadi, ditambah pula dengan hujan lebat dan angin kencang, kata Pemaju Mukim Sungai Sibuga Osman Tiakok, yang juga penduduk kampung berkenaan.

“Meskipun kampung ini sering mengalami cuaca hujan lebat dan angin kencang serta air pasang luar biasa berikutan kedudukan kampung yang terdedah kepada laut terbuka, namun hujan ais (batu) itu pertama kali dialami.

“Tetapi Alhamdulillah, keadaan beransur pulih selepas hujan batu itu berserta angin kencang reda. Setakat ini, tiada laporan kerosakan rumah seperti zink atau bumbung terbang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Osman berkata, penduduk kampung yang teruja melihat ketulan ais jatuh atas bumbung dan halaman luar rumah serta mengenai jendela kereta, dengan pantas merakamkan kejadian itu.

Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 11 malam ini di Sabah.

Sumber :Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 4, 2023 3:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar