22.6 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Heung-min cetak hatrik benam Villa

BIRMINGHAM: Son Heung-min meledak hatrik ketika Tottenham Hotspur membelasah Aston Villa 4-0 dan mengukuhkan kedudukan di tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Heung-min membuka jaringan di babak pertama dan Dejan Kulusevski menambah jaringan di awal babak kedua, dengan pemain Korea Selatan itu meledak dua lagi gol untuk melengkapkan hatriknya.

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Antonio Conte pada 57 mata – tiga mengatasi Arsenal di tangga kelima dan enam di atas West Ham serta Manchester United.

Villa bagaimanapun mempunyai peluang di babak pertama namun aksi cemerlang penjaga gol Spurs memastikan gawang pelawat tidak dibolosi.

“Saya amat gembira mendapat tiga mata, ia petang yang sukar. Tanpa Hugo kami mungkin ketinggalan 3-1 di babak pertama, Hugo menyelamatkan kami dan ia persembahan hebat daripada kapten kami,” kata Heung-min.

Kekalahan itu mengekalkan Villa di tangga ke-12, dengan pengendalinya Steven Gerrard berkata: “Keputusan ini cukup sukar buat kami, tetapi itu adalah realiti dan kami perlu menerimanya.

“Saya perlu menerimanya, saya bertanggungjawab. Cerita permainan ini sepatutnya bukan 4-0.”

Beberapa minggu lalu Tottenham kelihatan seperti semakin jauh tercicir daripada kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tetapi deretan enam kemenangan dalam tujuh aksi Liga Perdana Inggeris mengubah musim mereka.

Kekalahan pesaing terdekat Spurs, Arsenal yang tewas 2-1 kepada Brighton dan United 1-0 di tangan Everton pada perlawanan sebelum itu turut membantu mengukuhkan kedudukan anak buah Conte.

Sumber : AFP

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 3:14 pm

Latest Articles

Skip to toolbar