26.2 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

Harris Annuar, Asha Merican kini sah bergelar suami isteri

PELAKON Harris Annuar selamat disatukan dengan gadis pilihan, Asha Merican, pada Sabtu.

Hanya dengan sekali lafaz, Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, kini begelar suami kepada Asha, 25, juga merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Pada majlis ijab qabul yang disaksikan keluarga dan rakan-rakan terdekat, bekas peserta Hero Remaja edisi 2017/2018 itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1001 kepada pengantin perempuan.

Dalam kemeriahan majlis tersebut, Harris bagaimanapun tidak menahan emosi saat menerima ucapan tahniah dan pelukan daripada ibunya yang juga merupakan seoarang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.

Difahamkan Harris dan Asha telah menjalinkan hubungan cinta secara diam-diam sejak empat tahun lalu dan saling menyokong dalam kerjaya masing-masing.

Sumber : Sinar Plus

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,038
Total active cases
Updated on October 6, 2022 2:51 am

Latest Articles

Skip to toolbar