21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Haron BPR meninggal dunia

Gitaris kedua kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Haron Amat, 55, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser darah, jam 9 pagi di Hospital Ampang, hari ini.

Berita sedih itu disahkan anak ketiga arwah, Hana Nafisah Haron kepada BH Online.

Hana berkata, bapanya tidak mempunyai sebarang sakit kronik, selama ini.

“Arwah kerap demam sepanjang sebulan ini. Malah, arwah mengalami ruam pada bahagian badan, tetapi hanya diubati dengan menyapu krim kulit.

“Doktor mengesahkan arwah menghidap penyakit kanser darah. Bagaimanapun, arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 3 Mac lalu.

“Selepas keluar hospital, arwah melakukan proses kimoterapi. Pernah suatu ketika, arwah demam teruk dan keluarga memutuskan untuk membawanya ke hospital.

“Namun, kami dimaklumkan pemergian arwah, pagi ini. Kami reda dengan takdir ini,” katanya kepada BH Online.

Hana berkata, jenazah arwah bapanya dimandi dan dikafankan di Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai.

“Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Gombak, selepas Zohor,” katanya.

Allahyarham Haron yang berasal dari Kulai, Johor meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar