21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Harimau Malaya Tiada Penyerang Pengalaman

Skuad kebangsaan masih memerlukan penyerang tulen yang mampu bertindak lebih tajam dalam menghasilkan gol di bahagian serangan Harimau Malaya.

Itu antara rumusan yang boleh diberikan selepas dua aksi persahabatan antarabangsa yang mana Harimau Malaya menang 2-0 ke atas Filipina sebelum tewas 1-2 di tangan Singapura.

Kekurangan penyerang tulen bukanlah isu baharu dalam skuad kebangsaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan perkara sama sudah banyak kali disuarakan sebelum ini.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar turut mengakui masalah sama masih membelenggu skuad kebangsaan ketika ini walaupun Harimau Malaya memiliki penyerang seperti Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim Shamsudin.

“Betul (Malaysia masih tiada penyerang tulen). Jadi mungkin usaha lebih keras perlu dilakukan semua pihak terutama kelab untuk melahirkan penyerang yang berkualiti tinggi.

“Kita juga tidak mempunyai set kumpulan pemain gred A yang besar. Liga kita pun tidak besar, sekarang ini pemain yang gred A ini bermain di Liga Super, jadi sebab itu setiap kali menyertai pasukan kebangsaan, pemain yang lebih kurang sama saja terpaksa dipanggil.

“Kita perlukan lebih ramai kumpulan pemain gred A. Kita kini cuma mengharapkan pemain lain mendapatkan gol dan mungkin perkara itu boleh diketengahkan lagi sekiranya masalah ketiadaan penyerang tulen ini berterusan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Tiga jaringan yang terhasil dalam dua aksi persahabatan di bawah pengendali baharu, Kim Pan Gon itu disumbang pemain sayap Akhyar Rashid (dua gol) dan perancang tengah, Liridon Krasniqi.

Selain itu, Azlan menganggap aksi persahabatan berdepan Filipina dan Singapura itu memberi pendedahan yang berguna kepada Pan Gon untuk lebih mengenali permainan pemain Harimau Malaya.

“Dia (Pan Gon) mungkin sudah mengetahui mengenai pemain Malaysia yang mana segala kelemahan mungkin boleh dia perbaiki selepas ini.

“Apa yang saya lihat pemain kita masih lagi mengalami penyakit lama iaitu prestasi ‘yo-yo’ atau turun naik. Kadang-kadang bagus, kadang-kadang tak bagus.

“Jadi perkara itu perlu diberi perhatian oleh jurulatih. Tapi Pan Gon pasti mengetahui apa yang dia perlu lakukan untuk mengubah pasukan ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar