22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Harimau Malaya Kembali Bersinar

SATU kemenangan dan satu kekalahan – itu kad skor untuk pengendali baharu skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.

Ini bermakna pengendali dari Korea Selatan itu memiliki 50 peratus kemenangan bersama skuad kebangsaan atau separuh, jadi ini angka yang baik jika bersandarkan kepada 10 hari sesi latihan sebelum berkunjung ke Singapura.

Tolak tepi menang atau kalah kerana pertimbangan lebih adil perlu dibuat dengan ‘penghakiman’ berdasarkan ‘isi cerita’ yang dihidangkan dalam dua perlawanan itu.

Filipina dan Singapura menyajikan pengakhiran yang berbeza di mana satu adalah ‘happy ending’ dan satu lagi pengakhiran yang menyedihkan tetapi ‘plotnya’ tetap sama.

Tampak jelas pemain skuad negara bagaikan ‘harimau kelaparan’, mengejar setiap bola yang ada dan sentiasa menekan di garisan tinggi – itu satu perkara yang memang jelas dapat disaksikan.

Dalam dua perlawanan ini juga, apa yang ketara adalah pemain negara mula yakin untuk menguasai permainan – ini juga antara perkembangan positif buat skuad kebangsaan di bawah rejim Pan Gon.

Ada beberapa kombinasi hantaran pendek, tidak ‘melambungkan’ bola sesuka hati serta kesungguhan yang ditunjukkan pemain, memang belum lagi sempurna tetapi sebagai langkah pertama, sudah tentu ini satu permulaan yang baik.

Corak permainan sebegini menggembirakan penyokong, jadi sebab itulah mungkin kekalahan di tangan Singapura itu tidak begitu diratapi kerana penyokong teruja dengan perubahan dari segi corak permainan yang ditunjukkan.

Untuk itu, teruskan ‘menjamu’ kami dengan persembahan sebegini supaya kami dapat ‘kenyang’ setiap kali menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan.

Usaha sama sekali tidak akan mengkhianati hasil – memang benar bermain cantik tetapi tidak menang itu memang memeritkan tetapi kemenangan yang akan tiba itu nanti pasti lebih manis jika mereka sentiasa berusaha keras.

Dalam konteks lebih mudah, pembentukan skuad kebangsaan boleh diibaratkan umpama menyusun kepingan ‘puzzle’ – banyak kepingan perlu disatukan untuk membentuk gambaran sepenuhnya.

Beberapa kepingan sudah Pan Gon himpunkan namun banyak kepingan lain contohnya seperti ‘positioning’, keserasian yang lebih baik dan penyudah lebih tajam belum lagi ditemui oleh Pan Gon.

Tetapi jangan risau, pembentukan skuad kebangsaan bukan seperti membina istana pasir yang boleh dilakukan dalam masa singkat – ia memerlukan usaha yang berterusan serta peningkatan demi peningkatan.

Percayalah, jika Pan Gon berjaya melengkapkan semua kepingan ‘puzzle’ yang diperlukan, saat itu ngauman sebenar Harimau Malaya akan kembali bergema.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 5:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar