22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Harga tembikai sahaja RM25,000 sebiji?

Tokyo: RM25,000 bagi sebiji tembikai. Itu harga buah tembikai dalam kategori ‘rare’ atau jarang didapati di dunia yang mana penghasilannya tidak melebihi 100 biji setahun.

Laman Berita Oddity Central melaporkan, tembikai jenis Densuke dari Jepun adalah yang paling terkenal dan mahal berbanding lebih 1,200 tembikai jenis lain di seluruh dunia

Untuk rekod, Densuke hanya ditanam di Pulau Hokkaido, utara Jepun dalam kuantiti kecil dan dikategorikan sebagai buah paling jarang di dunia.

Malah, Densuke juga bukanlah buah yang boleh ditemukan di pasar atau kedai runcit.

Sebaliknya, tembikai itu dilelong kepada pembida tertinggi dalam acara yang dinanti-nantikan pada harga beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit.

Buah tembikai Densuke paling mahal pernah dijual pada harga 750,000 yen (RM25,121) sebiji pada 2019.

Bagaimanapun, harganya turun sejak dua tahun lalu disebabkan oleh pandemik Covid-19 tetapi masih kekal sebagai tembikai termahal di dunia setakat ini.

Portal berita itu turut melaporkan, Densuke terkenal dengan kulitnya yang hitam dan berkilat. Buahnya dikatakan rangup dan mempunyai tahap kemanisan paling tinggi berbanding tembikai jenis lain serta kurang biji.

Harganya yang mahal ditetapkan berikutan faktor masa dan dedikasi diperlukan dalam penanamannya.

Benih Densuke dilaporkan tersedia secara komersial di Eropah dan Amerika Utara namun tidak diketahui kenapa tembikai itu tidak ditanam secara meluas di luar Jepun.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 6:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar