26.1 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Harga juadah naik kerana kos bahan mentah tinggi

Batu Pahat: Sebahagian besar juadah berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan di daerah ini mengalami peningkatan harga dipercayai berikutan kenaikan kos bahan mentah.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan peniaga yang ditemui di sini hari ini menyatakan mereka terpaksa menetapkan harga baharu untuk jualan di bazar Ramadan.

Seorang peniaga di bazar Ramadan Batu Pahat, Zuraidah Abu Bakar, 37, berkata, jika tidak menaikkan harga jualan maka mereka tidak dapat menampung modal berniaga yang dikeluarkan.

“Macam saya berniaga hanya setahun sekali di bazar Ramadan dan begitu terasa dengan kesan kenaikan harga barangan keperluan termasuk terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi.

“Selain dikenakan caj sewa tapak dan kanopi yang agak tinggi, saya juga terkesan dengan harga barang mentah yang naik secara tidak menentu ketika ini.

“Kalau saya tidak menaikkan harga makanan, memang langsung tidak akan dapat semula modal yang sudah dikeluarkan apatah lagi untung,” katanya di sini, hari ini.

Bagi peniaga ayam bakar di Bazar Ramadan Batu Pahat, Mohd Azhar Abdullah Karim, 35, berkata, dia terpaksa menaikkan harga jualan menu ayam bakar dengan peningkatan 50 sen hingga RM1 mengikut bahagian-bahagian ayam seperti dada, peha, rangka dan lain-lain.

“Walaupun begitu, kadar kenaikan harga menu berkenaan tidaklah melampaui batas dan orang ramai masih mampu untuk membeli.

“Kualiti dan kuantiti menu ayam bakar yang dijual tetap dikekalkan tetapi harga mungkin dinaikkan sedikit bagi setiap jualan,” katanya.

Katanya, dia dan peniaga-peniaga lain tidak boleh menaikkan harga makanan keterlaluan kerana kadar sewa yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada kadar berpatutan.

“Kami terpaksa menaikkan harga sedikit kerana kos bahan mentah khususnya ayam agak mahal pada kadar harga sekilo ayam berharga RM8.90,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 26, 2022 9:28 am

Latest Articles

Skip to toolbar