21.6 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Harga durian dijangka melonjak sekali ganda sebab bekalan kurang

Jasin: Harga durian dijangka melonjak mendadak sehingga satu kali ganda tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Beliau berkata, keadaan itu susulan pengeluaran durian di setiap lokasi penanaman seluruh negara didapati berkurangan melebihi 50 peratus, berpunca daripada keadaan cuaca yang tidak menentu sejak awal tahun ini.

Selain itu, katanya, peningkatan kos baja serta masalah berkaitan pekerja ladang juga menjadi antara faktor kenaikan harga buah berkenaan.

“Sepatutnya musim durian sudah berlaku pada bulan ini, namun disebabkan faktor cuaca dan beberapa faktor lain, maka pengeluarannya terbantut menyebabkan permintaan terhadap raja buah itu semakin meningkat.

“Disebabkan permintaan meningkat, manakala produk yang kurang, maka kita menjangkakan harga buah berkenaan akan melonjak sekurang-kurangnya satu kali ganda berbanding harga pasaran ketika ini,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di Jalan Pernu/Umbai, Serkam di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Perak sudah mengalami kekurangan pengeluaran durian sehingga 50 peratus, manakala lokasi lain pula kebanyakan pokok masih berputik dan akan menunjukkan hasil dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Persatuan Penanam Durian juga ada memaklumkan kepada kita mereka mungkin akan naikkan harga durian termasuk durian pilihan utama seperti black thorn (duri hitam) dan Musang King selain beberapa jenis durian kampung.

“Justeru, saya menjangkakan tahun ini durian duri hitam boleh mencecah sehingga RM100 sekilogram, manakala Musang King pula kenaikan antara RM60 hingga RM80 mengikut gred berbanding RM30 ke RM40 sebelum ini,” katanya.

Kementerian Pertanian dan Industi Makanan (Mafi) dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan harga raja buah akan meningkat sehingga sekitar 30 peratus tahun ini disebabkan pengeluaran durian yang sedikit berkurangan selain harga baja yang meningkat naik.

Musim hujan pada penghujung Mac sehingga April juga dilihat memberikan kesan pada pengeluaran durian, sekali gus menyebabkan hasil tanaman itu berkurangan berbanding tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 12:48 pm

Latest Articles

Skip to toolbar