22.3 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Harga bahan api: Harga RON97 melonjak ke paras tertinggi lagi iaitu RM4.70 seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 akan naik sebanyak 37 sen kepada satu lagi rekod tertinggi iaitu RM4.70 seliter mulai 26 Mei hingga 1 Jun ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu (25 Mei) berkata, harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling.

Menurut kementerian, harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga," katanya. 
Sumber : Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 3:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar