27.1 C
Malaysia
Monday, December 11, 2023

Hanya sejuta umat Islam di bawah 65 tahun dibenar tunai haji tahun ini

Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik Tahun lalu

Kuala Lumpur: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Twitter hari ini, kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

Kementerian menegaskan bahawa musim haji tahun ini terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun dan mengambil vaksin Covid-19 asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

Menurut kenyataan itu, jemaah haji yang datang dari luar Saudi wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Kementerian turut mengingatkan keperluan jemaah haji untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dan mengikuti semua arahan kesihatan semasa melaksanakan ibadah mereka.

Untuk rekod, tahun lalu Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji.

Sumber : Bernama

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 5:32 am

Latest Articles

Skip to toolbar