31.3 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Hanya pelukan kasih sayang, kekeluargaan – Nora Danish

Kuala Lumpur: “Ia hanya pelukan kasih sayang, kekeluargaan. Tak ada ‘feeling’ dan nafsu. Beego dah macam abang saya, Aziz M Osman pula dah seperti bapa kami semua.

Demikian kata pelakon Nora Danish, 39, berhubung video berpelukannya bersama Beego dan Aziz yang dimuat naik di akaun Instagram serta dikecam hebat oleh netizen.

Nora berkata memang banyak hantarannya di media sosial yang dikecam oleh netizen, namun dia enggan melayannya kerana beranggapan warga maya tidak mengenali dirinya secara peribadi.

“Saya memang tak layan komen-komen negatif daripada netizen yang suka mengecam ini kerana mereka (netizen) tidak kenal kami semua terutama saya sendiri.

“Netizen tidak tahu hubungan kami macam mana. Jadi, saya memang tidak kisah sangat dengan segala kecaman yang dilemparkan itu,” katanya ditemui pada sidang media virtual sitkom Puteri Reunion, baru-baru ini.

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, lagipun sudah 15 tahun dia tidak berjumpa dengan rakan pelakon drama Puteri yang pernah mengangkat namanya di awal kemunculan dulu.

“Jadi, bila dapat berjumpa itu untuk kami ‘shooting’ sama-sama semula selepas 15 tahun, saya amat menghargai setiap momen di set penggambaran dan kita buatlah benda-benda yang dirindukan.

“Pada saya, kalau nak cakap mengenai foto memeluk Beego dan Aziz itu, rasanya ia tak perlu dijadikan isu kerana mereka sudah saya anggap seperti abang dan bapa sendiri,” katanya.

Nora berkata, apa saja yang dikongsikannya di media sosial itu bermakna dia juga sudah bersedia untuk menghadapi sebarang risiko seperti kecaman netizen.

“Bagaimanapun, jika ada yang terlepas pandang sesuatu perkara itu, saya sentiasa terbuka menerima teguran daripada suami, ibu dan juga kenalan rapat untuk diambil peduli,” katanya lagi.

Ujar Nora, dia juga sebenarnya sudah mempersiapkan diri terutama daripada aspek mental sebelum memuat naik sebarang hantaran di akaun media sosialnya kerana faham dengan komen netizen.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 8:04 am

Latest Articles

Skip to toolbar