22.3 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Hamid Ghurka meninggal dunia akibat penyakit tibi

Pelakon dan pelawak legenda Hamid Ghurka meninggal dunia pukul 2.19 petang tadi.

Hamid meninggal dunia pada usia 90 tahun akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

Nor berkata, doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

“Kami reda atas pemergian arwah. Allah lebih menyayangi selepas enam hari dia dimasukkan ke hospital,” katanya.

Menurut Nor Ashita, jenazah arwah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar untuk tujuan pengebumian.

“Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan. Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya.

Terdahulu, Nor menafikan Allahyarhan dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Bagaimanapun, Nor memaklumkan, arwah bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.

Hamid mendirikan rumah tangga bersama Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Allahyarham juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Hamid mula aktif dalam bidang seni pada sekitar pengujung 1970-an dan namanya cukup dikenali menerusi filem-filem popular seperti Panglima Badol, Jejaka Perasan, Zombi Kampung Pisang dan filem terakhirnya pada tahun 2020, Superbike The Movie.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 1:51 pm

Latest Articles

Skip to toolbar