Los Angeles: Model terkenal, Hailey Baldwin, 25, hingga kini berterusan ditanyakan soal hamil apabila sudah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga dengan penghibur sensasi, Justin Bieber, 28.
Malah, Hailey yang hadir bersama Bieber ketika acara Anugerah Grammy 2022 baru-baru ini, cukup menarik perhatian netizen di media sosial yang melihat perutnya sedikit buncit dan didakwa hamil.
Tertekan dengan dakwaan itu, Hailey menerusi status dimuat naik di Twitter menafikannya dan meminta netizen agar tidak terlalu mengambil tahu mengenai kehidupan peribadinya.
“Saya tidak hamil lagi dan tolong tinggalkan saya sendirian. Saya masih muda untuk menjadi seorang ibu.
“Tunggu beberapa tahun lagi, saya dan suami akan mengumumkan berita gembira ini satu hari nanti,” katanya.
Terdahulu, Bieber dan Hailey berkahwin pada September 2018 dan mereka juga antara pasangan selebriti ternama Hollywood sering menjadi perhatian ramai sama ada media mahupun netizen.
Sumber : Harian Metro
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter