21.8 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Haeriyanto Hassan perlu berehat panjang

Haeriyanto yang mengalami angin ahmar ringan sekitar Februari lalu

Kuala Lumpur: Pelakon Haeriyanto Hassan, 51, kini berjalan dengan bantuan tongkat selepas diserang angin ahmar ringan sekitar Februari lalu.

Menurut isterinya Afrinas Arif, pelakon terbabit masih dalam proses pemulihan untuk kembali sembuh sedia kala selepas terkena serangan itu.

“Alhamdulillah dia semakin beransur pulih. Dia sedang menjalani proses pemulihan di Hospital Cheras dan sudah mula berjalan dengan menggunakan tongkat buat masa ini.

“Dia sudah sebulan berada di sana dan akan pulang rumah dalam masa terdekat. Insya-Allah dia akan dapat beraya juga pada Aidilfitri ini,” katanya kepada Harian Metro.

Meskipun sudah menunjukkan perkembangan positif, Haeriyanto bagaimanapun tidak akan kembali bekerja dalam masa terdekat.

“Dia perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan ke setahun. Jadi, dia belum lagi boleh kembali bekerja dan perlu fokus pada kesembuhan dirinya.

“Dia berterima kasih buat semua yang mendoakan kesihatannya akan pulih kembali,” katanya.

Pada 26 Februari lalu, Haeriyanto dikejarkan ke Hospital Ampang selepas mengalami serangan angin ahmar ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri tidak boleh bergerak.

Adik iparnya yang juga penyanyi, Oja berkongsi pemeriksaan doktor mendapati ada darah beku bersaiz tiga sentimeter pada bahagian kanan kepalanya.

Sumber : Harian Metro / Durian Merah

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 6:09 pm

Latest Articles

Skip to toolbar