22.9 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Guru rugi RM254,600 kena Macau Scam

Seorang guru rugi sebanyak RM254,600 akibat terperdaya dengan penipuan sindiket Macau Scam yang menggunakan penyamaran sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Ketua Polis Daerah Sipitang Champin Piuh berkata, mangsa, seorang guru berusia dalam lingkungan 30an, pada awalnya menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai LHDN pada 14 Mac.

Beliau berkata, mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,500.90 atas sebuah syarikat yang didaftar menggunakan namanya.

“Panggilan kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk (mangsa) bercakap dengan polis berpangkat sarjan.

“Dalam perbualan itu, mangsa dimaklumkan terdapat satu akaun bank atas namanya yang berkaitan dengan dana haram sebanyak RM312,000,” katanya dalam kenyataan.

Champin berkata, mangsa kemudian diminta menyerahkan maklumat akaun banknya kononnya untuk tujuan penyiasatan.

Dalam pada itu, katanya, antara 14 hingga 26 Mac, mangsa diarah memindahkan wang ke dalam enam akaun bank berbeza.

“Mangsa hanya menyedari tertipu pada 30 Mac lepas dan terus tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

“Laporan juga dibuat berikutan mangsa takut semua dokumen peribadi dan identitinya akan disalah guna,” katanya.

Champin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dimohon menyemak dan berhubung dengan pihak polis untuk kepastian bagi mengelak diperdaya oleh sindiket Macau Scam,” katanya.

Sumber : Free Malaysia Today

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 6:50 pm

Latest Articles

Skip to toolbar