23.1 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Guru ‘hilang’ RM32,700 di scam

Seorang guru sekolah menengah terkedu apabila wang simpanan berjumlah RM32,700 ‘lesap’ selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun yang bertugas sebagai guru di sini mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri ‘Puan Ivan’ daripada LHDN.

“Mangsa kemudian dimaklumkan Puan Ivan bahawa dia mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,800.82 atas syarikat yang didaftarkan atas namanya di sebuah alamat di Cyberjaya.

“Mangsa menafikan perkara ini sebelum panggilan disambungkan kepada pegawai polis berpangkat Sarjan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Kali ini mangsa dimaklumkan akaun mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram, penyeludupan dadah dan waran tangkap sudah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata, panggilan seterusnya disambungkan kepada Asisten Superintendan (ASP) Datuk Zul, pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan mangsa kemudian diberikan pautan untuk memuat naik aplikasi MyBNM untuk tujuan membersihkan nama.

“Mangsa yang panik terus mengisi maklumat perbankan akaun Maybank miliknya seperti nombor kad mesin pengeluaran wang (ATM), nombor akaun ‘username’ dan ‘password’ perbankan atas talian bank berkenaan.

“Mangsa kemudian membuat semakan dengan pihak bank sebelum mendapati sudah mengalami kerugian sebanyak RM32,700 daripada akaun miliknya yang dipindahkan dalam lima transaksi kepada satu akaun individu tidak dikenali,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya terus hadir ke balai polis pada hari yang sama untuk membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai panggilan yang memaklumkan mereka sebagai badan penguatkuasa atau institusi kewangan.

“Mereka juga diminta untuk tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak yang tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan atau buat semakan pengesahan akaun dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 1:31 am

Latest Articles

Skip to toolbar