21.6 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Guna alasan ibu sakit helah guna lorong kecemasan

RAWANG: Beri alasan konon ibu sakit dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh menyebabkan terpaksa menggunakan lorong kecemasan.

Itu helah seorang lelaki selepas ditahan ketika melarikan diri apabila diarahkan berhenti oleh polis yang menjalankan rondaan Op Selamat, hari ini.

Pegawai Turus Lebuhraya Tengah Zon A, Jabatan Siasatan Jenayah Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Abd Razak, berkata pemeriksaan lanjut dengan menghubungi pihak hospital mendapati ibunya tidak sakit dan disahkan oleh doktor bertugas.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menipu malah cukai jalan kenderaan dipandunya juga sudah tamat tempoh.

“Kita mengesannya memandu di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 434 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan sebelum cuba melarikan diri ketika polis mengarahkannya berhenti pada jam 6.25 petang.

“Semasa anggota polis cuba memberhentikan kenderaannya, lelaki berusia 35 tahun itu terus memecut ke lorong kanan untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nasyrul berkata, polis kemudian mengejarnya dan mengarahkan berhenti namun suspek tetap berdegil dan memandu dalam keadaan melulu dengan membuat zig zag yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Suspek kemudian ditahan di KM22.7 Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek bersama tiga wanita dan siasatan lanjut mendapati cukai jalan kenderaan terbabit sudah tamat tempoh pada 6 Mei 2020,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 12:29 am

Latest Articles

Skip to toolbar