21.7 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

GOpinjam ‘jerat’ rakyat berhutang, risiko muflis, kata pakar

PETALING JAYA: GOpinjam, skim pinjaman mikro baharu milik Touch ‘n Go (TNG) menawarkan kadar faedah setinggi 36% setahun mampu menyebabkan lebih ramai rakyat terjerat dalam kancah hutang dan berdepan risiko muflis, kata pakar ekonomi.

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata skim itu seolah-olah memberi jalan mudah kepada rakyat untuk meminjam tanpa memikirkan akibat berhutang secara berlebihan.

“Paras hutang isi rumah rakyat Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tertinggi di ASEAN dan kedua tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

“Oleh itu, kemudahan pinjaman seperti ini boleh menyebabkan lebih ramai rakyat terjerat dengan hutang dan berdepan risiko muflis,” katanya kepada FMT.

TNG dalam kenyataan kepada FMT menjelaskan, skim pinjaman mikro itu mematuhi garis panduan peminjaman Bank Negara (BNM).

Syarikat itu berkata, skim berkenaan menyasarkan segmen pasaran lazimnya tidak mendapat perkhidmatan secukupnya, iaitu peminjam individu yang memerlukan jumlah kredit lebih rendah untuk tempoh lebih singkat.

TNG melancarkan ciri GOpinjam di platform e-dompetnya minggu lalu. Dibangunkan bersama CIMB Bank Bhd, ia menawarkan pinjaman peribadi dari serendah RM100 hingga RM10,000.

Menurut TNG, bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh antara seminggu hingga setahun tanpa yuran tersembunyi atau caj penyelesaian awal.

Maklumat di laman sesawangnya menyatakan kadar faedah ditawarkan antara 8% hingga 36% setahun, bergantung pada jumlah dan tempoh pinjaman diluluskan bank.

Riba tinggi

Razman berkata, kadar faedah tinggi amat tidak sesuai bagi umat Islam kerana skim itu bersifat pinjaman dan mengenakan kadar riba tinggi.

“Seeloknya pinjaman seperti ini harus dijauhi umat Islam,” katanya.

Katanya, di mata kasar skim pinjaman itu agak mudah dimohon namun realitinya, ia akan menyebabkan pemohon terperangkap dalam hutang jangka panjang.

“Kerajaan bersama NGO perlu memainkan peranan meningkatkan literasi kewangan supaya rakyat bijak menguruskan kewangan dan tidak terpedaya dengan skim pinjaman ini yang pada amnya agak mudah untuk memohon dan jumlah dipohon boleh bermula dengan sedikit,” katanya.

Malaysia merekodkan 11,207 kes bankrap baharu antara Mac 2020 hingga September 2021.

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat minggu lepas.

Katanya, sebanyak 6,344 kes direkodkan antara Mac hingga Disember 2020 manakala baki 4,863 antara Januari hingga Oktober 2021.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 5:24 pm

Latest Articles

Skip to toolbar