22.4 C
Malaysia
Monday, June 5, 2023

Giliran Zamani cari penyanyi sebenar ICSYVMY5

PROGRAM I Can See Your Voice Malaysia 5 (ICSYVMY5) pada episod minggu lalu mencatatkan kejayaan buat Ella dan Misha Omar apabila mereka berjaya meneka siapa penyanyi sebenar dalam kalangan peserta.

Untuk episod yang akan bersiaran malam ini (Ahad), ICSYVMY5 bawakan penyanyi terkenal Zamani. Bekas vokalis kumpulan Slam itu akan turut mempersembahkan lagu-lagu hits nyanyiannya yang sehingga kini masih menjadi pujaan ramai.

Masih mengekalkan panel tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee, episod kali ini menyaksikan mereka ditemani panel jemputan yang terdiri daripada Ropie, Hazama dan Black.

Jika dilihat pada pengalaman mereka di bidang nyanyian, sudah tentu sahaja Hazama dan Black mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, tidak sukar untuk mereka menilai para peserta.

Berbeza pula dengan Ropie, seorang pelakon komedi dan sentiasa berbuat jenaka di kaca TV. Adakah pendapat Ropie akan diambil serius ketika mengulas tentang enam orang peserta tersebut atau sebaliknya?
ICSYVMY5 dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

(FOTO: TV3)

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 4, 2023 11:06 pm

Latest Articles

Skip to toolbar