20.9 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Gilap nama di negara jiran Indonesia

EYKA Farhana bukan nama asing dalam dunia lakonan lebih-lebih lagi buat peminat drama dan filem tempatan menerusi pelbagai genre watak.

Berbekalkan rupa paras jelita dan bakat lakonan yang cemerlang, namanya bukan sahaja berlegar di dalam industri seni tanah air, bahkan turut dilihat dan digilapkan menerusi karya di negara jiran, Indonesia.

Pernah membintangi drama bersiri Pretty Little Liars versi Indonesia, Eyka yang kini muncul dengan filem Autumn in Wales berkongsi pengalamannya bekerja bersama produksi negara itu.

“Dari segi persekitaran kerja, banyak benda baharu yang saya pelajari antaranya cara mereka di sana bekerja. Pada awalnya, memang gementar juga kerana hanya saya orang Malaysia,” katanya.

Tambahnya, sikap profesional pasukan produksi di sana membuatkannya rasa selesa untuk bekerja.

“Mereka sangat profesional walaupun jumlah anggota pasukan agak ramai,” katanya.

Menyimpan impian untuk berlakon bersama pelakon dan penyanyi, Irwansyah, Eyka turut berkongsi kedukaannya apabila terpaksa menamatkan kerja lakonannya dalam siri itu akibat kekangan pandemik Covid-19.

“Sepatutnya tahun lalu saya menyambung penggambaran Pretty Little Liars 3. Tapi, disebabkan pandemik Covid-19 dan beberapa siri ‘lockdown’, pihak produksi terpaksa meneruskan penggambaran tanpa saya.

“Watak yang saya lakonkan sebagai Ema terpaksa digantikan dengan pelakon lain iaitu Caitlin Halderman. Memang kecewa sebab itu adalah impian saya yang tak menjadi.

“Seminggu juga saya tak keluar dari bilik sebab sedih dengan apa yang berlaku. Tapi, alhamdulillah, walaupun tak ada rezeki di situ, ada rezeki lain untuk saya,” katanya.

Terbaharu, filem lakonannya, Autumn in Wales kini ditayangkan di platform Astro First. Berbeza dengan watak yang biasa dilakonkannya, kali ini Eyka membawakan watak komedi.

“Selalunya, saya melakonkan watak romantik. Kali ini, saya melakonkan watak komedi dan memang berbeza daripada karakter sebenar saya.

“Dalam filem ini, saya memegang watak Aira. Saya dah pernah berlakon di bawah arahan Kak Rahila Ali dan dia banyak membantu saya untuk menjayakan watak ini,” katanya yang turut bergandingan dengan beberapa pelakon lain antaranya Keith Foo, Jaa Suzuran dan Amyza Aznan.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 8:57 pm

Latest Articles

Skip to toolbar