22.5 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Geram kereta pandu laju jalan kampung, aksi lelaki ‘tembak’ speed trap buat netizen terhibur

UMUM mengetahui had laju lalu lintas kenderaan di kawasan perumahan ialah 30 kilometer sejam (km/j).

Bagaimanapun masih ramai yang tidak menghiraukan had laju berkenaan sebaliknya memandu dengan laju tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi penduduk.

Had laju yang minimum itu ditetapkan di kawasan perumahan memandangkan pemandu perlu lebih fokus dan peka terhadap pelbagai halangan tidak diduga dari lorong-lorong kecil, celahan objek tepi jalan seperti pokok atau kenderaan diparkir dan reaksi manusia, terutama kanak-kanak yang sukar dijangka.

Namun masih wujud segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri dengan memandu dengan kelajuan standard di jalan raya persekutuan iaitu 60 hingga 70km/j.

Malah sesetengah pemandu dengan sengaja memandu kereta secara laju walaupun mengetahui terdapat bonggol jalan di hadapan.

Perkongsian pengguna TikTok @fiezamieza tentang bapanya yang cuba mengurangkan pemanduan laju di kawasan kampung menarik perhatian ramai.

Gusar dengan sikap pemandu yang mungkin mengundang bahaya kepada penduduk setempat, lelaki itu mencuba taktik berlagak seperti polis trafik merakam perangkap laju.

Lelaki berkenaan dilihat berdiri di pinggir jalan memakai jaket pantulan cahaya dan topi keselamatan sambil mengeluarkan perkakas seperti lampu ‘ring light’ dan beberapa peralatan lain.

Aksinya tidak ubah seperti seorang polis trafik sedang ‘menembak’ kesalahan pemandu yang memandu laju.

Warga maya rata-rata terhibur dengan gelagat berkenaan. Masing-masing memuji sikap ‘sporting’ bapa wanita berkenaan di samping memberikan cadangan menggunakan alat pengering rambut kerana nampak lebih ‘real’.

HAD LAJU KENDERAAN RINGAN

Lebuh raya (dua lorong): 110km/j

Jalan persekutuan & jalan negeri (satu lorong): 90km/j

Kawasan bandar: 60km/j

Kawasan sekolah: 30km/j

HAD LAJU KENDERAAN BERAT

Lebuh raya (dua lorong): 80-90km/j

Jalan persekutuan & jalan negeri (satu lorong): 70-80km/j

Kawasan bandar: 60km/j

Kawasan sekolah: 30km/j

Sumber : Sinar Plus

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 26, 2022 11:43 am

Latest Articles

Skip to toolbar