22.2 C
Malaysia
Thursday, December 7, 2023

Gelandangan yang cederakan wanita dipenjara enam bulan

Seorang lelaki gelandangan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencederakan seorang wanita sehingga parah, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hukuman ke atas tertuduh berusia lingkungan 40-an itu diputuskan oleh Majistret P. Sarulatha hari ini.

“Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah kepada mangsa.

“Dalam prosiding bermula pukul 9.30 pagi itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan ke atas tertuduh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di muka dan kepala apabila diserang seorang gelandangan dalam cubaan samun di sebuah pusat beli belah di sini pada 18 Mei lalu.

Suspek berusia 40-an itu kemudiannya berjaya ditahan di Jalan Tiara Bandar Baru Klang di sini, kira-kira pukul 5 petang, Ahad lalu.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 1:58 pm

Latest Articles

Skip to toolbar