22.4 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Food Rider gigih cari rezeki walaupun hujan lebat

Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang penghantar makanan gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Melalui perkongsian oleh CaramelOreoChip di Facebook, rakaman klip video berdurasi 18 saat itu telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Menjadi seorang penunggang motorsikal dan bekerja di dalam keadaan hujan lebat itu semestinya mencabar tetapi ia tidak menghalang lelaki itu untuk menjalankan tugasnya.

Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan komen yang positif dan pujian kepada lelaki itu kerana bersemangat mencari rezeki dalam keadaan itu.

“Hormat betul jenis orang yang macam ini, kadang- kadang rasa malu nak berkira dengan penghantar makanan,” tulis Cik Dahlia.

“Memang ada penghantar makanan jenis macam ini, cuma tak tular sahaja. Tak kira jenis kerja, berpanas atau berhujan. semoga murah rezeki,” ujar Shahrul Abdul.

“Demi rezeki, hujan sanggup ditempuh. Terbaik,” komen Muhammad Hafiz.

Sumber : KOSMO ONLINE!

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 1:02 am

Latest Articles

Skip to toolbar