22.1 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Followers Amir Masdi makin bertambah selepas menyertai The Masked Singer

Kuala Lumpur: Jumlah pengikut Instagram penyanyi Amir Masdi bertambah selepas menjadi ‘Seladang’ pada program The Masked Singer Malaysia musim kedua baru-baru ini.

Pada program itu, Amir, 26, atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi mendapat tempat kedua menerusi persembahan lagu Stereotype (Akim & The Majistret) dan Madah Berhelah (Ziana Zain).

“Alhamdulillah atas kemenangan ini. Bagi saya ini satu lagi batu loncatan. ‘Followers’ pun alhamdulillah meningkat.

Pada malam itu, ramai yang ‘tweet’ dan bercakap mengenai saya di media sosial. Jadi, program ini pendedahan yang bagus untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amir, lebih ramai ‘followers’ diraih, bermaksud lagi besar tanggungjawabnya sebagai anak seni.

“Saya berasakan media sosial ini, tanggungjawab sebagai artis, lebih ramai ‘followers’ datang lagi besar tanggungjawab saya untuk teruskan untuk tunjukkan contoh yang baik. Supaya lebih ramai akan ikut, nampak dan cuba amalkan contoh contoh yang baik itu.

“Jadi, Allah sudah letakkan artis dan orang ramai ‘followers’ ini ada sebab. Bukan semata-mata untuk popular. Populariti itu bersifat sementara saja, bila-bila masa Tuhan tarik.

Sementara ada populariti atau orang yang ramai ikut saya, saya kena tunjukkan contoh baik,” katanya.

Dalam masa sama, Amir berkata dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjayanya berbanding kisah peribadi di media sosial.

“Di media sosial saya kongsikan 90 peratus mengenai kerja. Hanya 10 peratus saja peribadi. Media sosial bukan tempat tunjuk privasi dan perkara tak sepatutnya.

“Mungkin ada yang nak tahu, tapi bukan keutamaan untuk ditunjukkan. Sebab apa yang penting di media sosial adalah untuk menyebarkan kebaikan dan contoh baik. Ini prinsip saya sebagai anak seni di media sosial,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 4:57 pm

Latest Articles

Skip to toolbar