22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Firdaus Wong buat laporan polis terhadap Loh

Pendakwah bebas, Firdaus Wong hari ini membuat laporan polis terhadap Loh Siew Hong kerana didakwa membuat laporan palsu terhadapnya sebelum ini.

Laporan polis dibuat pembantunya kerana Wong masih menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Dalam laporan yang dimuat naik di Facebook Firdaus Wong Wai Hung – Official, Wong menjelaskan tidak ada video yang mengaibkan dan memberi tekanan supaya Loh tidak meneruskan semakan kehakiman.

“Dalam kesemua video yang dimuatnaik dalam Youtube, semua gambar anak-anak Loh ditutup sekali gus mematuhi perintah mahkamah,” katanya pembantu Wong dalam laporan itu.

Loh sebelum ini membuat laporan polis mendakwa Wong cuba memalukan dan menekannya menerusi beberapa siri catatan di Facebook Wong supaya menggugurkan semakan kehakiman berhubung penukaran agama anak-anaknya.

Wanita itu juga mendakwa, Wong juga telah memfitnahnya dengan mengatakan dia menyimpan lelaki lain.

“Tiada dalam video yang kami hasilkan mengatakan beliau menyimpan lelaki lain. Apa yang kami sebut dalam video ialah memetik kata-kata daripada anaknya sendiri dari rakaman video bertarikh 24 Feb 2020.

“Tidak ada sesekali kami mengungkapkan perkataan Loh menyimpan lelaki lain dan ini merupakan satu dakwaan palsu daripadanya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 8:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar