20.8 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Filipina di tangga keempat indeks global kapitalisme kroni

Filipina kekal berada dalam senarai negara kapitalisme kroni, yang memberi ruang untuk ahli perniagaan rapat dengan kerajaan menikmati kelebihan ekonomi, susulan pengaruh Presidennya, Rodrigo Duterte.

Filipina berada di tangga keempat dalam indeks global kapitalisme kroni, di belakang Russia yang berada di tempat pertama disusuli Malaysia dan negara jiran, Singapura.

Ini adalah penyenaraian terbaru The Economist, yang sebelum ini meletakkan Filipina di tempat ketiga pada 2016, di belakang Russia dan Malaysia.

Indeks kapitalisme kroni terbaru The Economist menunjukkan bahawa kekayaan jutawan bilionair di Filipina kini melepasi 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021.

Tahun lalu, hampir 10 peratus daripada KDNK adalah kekayaan yang dijana sektor yang dianggap sebagai mesra kroni.

The Economist mendefinisikan sektor kroni sebagai sebilangan besar industri yang merangkumi usahawan kroni mengharapkan kerajaan memberi subsidi, bantuan atau monopoli dalam sektor tertentu demi menjamin keuntungan.

Sekiranya kroni berkenaan mengalami kerugian, mereka juga mengharapkan kerajaan menyelamatkan mereka menerusi ‘bail-out’, dalam erti kata lain, mereka diberi jaminan tidak akan kerugian.

Di Filipina, kebanyakan sektor yang dicemari kapitalisme kroni kerajaan ialah perbankan, kasino, pertahanan, industri bahan mentah dan pembinaan.

Dalam laporan yang dikeluarkan The Econimist bulan ini, sektor kroni Filipina masih menyumbang kepada 80 peratus daripada jumlah kekayaan bilionair negara itu.

Pada 2016, The Economist melaporkan bahawa penyokong Rodrigo Duterte, yang mendahului untuk memenangi pilihan raya presiden pada tahun itu, berharap beliau akan membuka sistem politik feudal yang membenarkan kronisme berkembang.

Dalam indeks kapitalisme kroni pertama The Economist pada 2014, Filipina sudah berada di kedudukan kelima, di belakang Malaysia, Russia, Ukraine dan Singapura.

Negara lain yang berada dalam kedudukan 10 teratas indeks 2021 bagi 22 negara itu ialah Ukraine, Mexico, India, Indonesia, Thailand dan China.

“Pada peringkat global, kekayaan kroni merosot dari segi jumlah keseluruhan, akibat lonjakan dalam kekayaan berkaitan teknologi, namun ia masih terus berlaku di banyak tempat,” kata The Economist.

The Economist menggunakan data daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) serta senarai jutawan tahunan majalah Forbes sebagai ukuran kekayaan kroni.

“Usahawan mencari peluang menggunakan hubungan mereka dengan kerajaan untuk memaksimumkan keuntungan, yang diungkapkan sebagai ‘rent seeking’.

Secara teknikalnya, ‘rent seeking’ ialah lebihan yang tinggal apabila modal dan kos buruh sudah dibayar pada harga pasaran, yang mana lebihan itu tidak akan wujud sekiranya wujud persaingan sihat.

“Monopoli ini bermakna, jika firma memenangi kontrak pada harga menguntungkan, ia bebas menentukan modal dan kos, sekali gus menjamin untung berlebihan daripada yang sepatutnya.

“Kapitalisme kroni membolehkan pembentukan kartel untuk mengikat pengguna atau melobi kerajaan untuk peraturan tertentu, dengan perniagaan masih beroperasi dengan sempurna secara sah,” kata The Economist. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 24, 2022 9:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar