22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Ferrero henti beli minyak sawit dari Sime Darby

KUALA LUMPUR: Syarikat konfeksionari utama Itali, Ferrero bercadang menghentikan pembelian sumber minyak sawit dari Sime Darby Plantation Bhd selepas kastam Amerika Syarikat (AS) mendapati syarikat Malaysia itu menggunakan buruh paksa.

“Ferrero akan mematuhi keputusan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS,” kata Ferrero, yang menggunakan minyak sawit dalam penghasilan coklat Ferrero Rocher dan Nutella kepada Reuters menerusi emel.

Syarikat itu berkata, ia meminta pembekal globalnya untuk berhenti membekalkan minyak sawit dan minyak isirong sawit daripada Sime Darby.

Walaupun Ferrero membeli hanya sedikit minyak boleh dimakan daripada Sime Darby, namun syarikat itu mengambil langkah sama seperti Hershey Co dan General Mills Inc, yang mana akan boleh menjejaskan reputasi Sime Darby dan Malaysia.

Sime Darby memberitahu Reuters bahawa ia telah mengambil langkah dalam bidang hak asasi manusia dan semua pemegang kepentingannya komited terhadap kemampanan yang boleh diyakinkan dengan komitmen dan kepimpinannya dalam industri. Ferrero bukan pelanggan, tambahnya.

Ferrero berkata ia tidak membeli terus daripada firma Malaysia, yang dikatakan membekalkan 0.25 peratus daripada jumlah minyak sawitnya.

Berikutan keputusan pada 2020 yang menunjukkan ‘penunjuk buruh paksa’ di Sime Darby, CBP AS, berkata pada Januari ia mempunyai bukti yang mencukupi bahawa barangan firma itu tertakluk kepada penyitaan.

Sumber : Reuters

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 4:15 pm

Latest Articles

Skip to toolbar