Bruno Fernandes menyambung kontraknya bersama Manchester United sehingga 2026 dengan perjanjian yang dijangka menjadikannya antara pemain berpendapatan tertinggi di kelab itu.
Fernandes menjadi pemain penting untuk Red Devils sejak menyertai dari Sporting Lisbon pada Januari 2020, dengan menjaringkan 49 gol dan melakukan 39 hantaran menghasilkan jaringan dalam 117 penampilan.
Bagaimanapun, United masih memerlukannya untuk memperbaiki prestasi musim ini selepas kelab itu berada di tangga keenam setakat ini dan berhasrat membuat penamat yang kukuh untuk layak ke Liga Juara-Juara.
United juga mempunyai pilihan menyambung kontrak berkenaan sehingga 2027.
“Sejak saya menyertai Manchester United, saya mempunyai hubungan istimewa dengan kelab dan peminat.
“Saya membesar dengan menonton pasukan ini, bermimpi untuk mendapat peluang bermain di sini suatu hari nanti. Impian itu kini menjadi kenyataan dan penghormatan,” kata Fernandes.