21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

FAHMI REZA Lukis Gambar Beruk Pakai Tengkolok

PETALING JAYA: Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza ditahan polis kerana menghasut selepas berkongsi potret seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan.

Peguamnya, Rajsurian Pillai berkata, Fahmi ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman pada 4.20 petang tadi, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim Fahmi untuk tujuan siasatan.

“Mereka akan memohon perintah reman esok,” katanya sambil menambah Fahmi disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, Fahmi dalam ciapannya hari ini memaklumkan, beliau dipanggil polis berhubung kartun satira yang dimuat naik ke media sosial semalam.

Sebelum ini, Fahmi yang pernah mencetuskan beberapa kontroversi menerusi karyanya, sekali lagi menarik perhatian apabila memuat naik potret seekor beruk bertengkolok itu malam tadi melalui akaun Twitternya tanpa sebarang keterangan.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar