21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

Elon Musk pertimbang bangunkan platform media sosial baharu

BENGALURU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk, sedang ‘meneliti secara serius’ untuk membina platform media sosial baharu, kata jutawan itu dalam ciapannya semalam.

Musk menjawab soalan pengguna Twitter sama ada dia akan mempertimbangkan untuk membina platform media sosial mengandungi algoritma sumber terbuka, mengutamakan kebebasan bersuara, dengan propaganda yang minimum.

Beliau yang juga pengguna Twitter prolifik, sejak kebelakangan ini mengkritik platform media sosial dan dasarnya.

Musk berkata, syarikat itu menjejaskan demokrasi dengan gagal mematuhi prinsip kebebasan bersuara.

Ciapan itu dibuat sehari selepas dia mengeluarkan tinjauan pendapat di Twitter, bertanyakan kepada pengguna jika mereka percaya Twitter mematuhi prinsip kebebasan bersuara, dan keputusannya, lebih 70 peratus mengundi ‘tidak’.

“Implikasi daripada tinjauan pendapat ini adalah penting. Sila undi dengan teliti,” katanya Jumaat lalu.

Sekiranya Musk memutuskan untuk membangunkan platform baharu, dia akan menyertai portfolio syarikat teknologi yang semakin berkembang, yang meletakkan diri mereka sebagai juara kebebasan bersuara dan berharap dapat menarik pengguna yang merasakan pandangan mereka ditindas menerusi platform seperti Twitter, Facebook.

Setakat ini, tidak ada satu pun syarikat termasuk Truth Social milik Donald Trump, pesaing Twitter, Gettr dan Parler serta platform video Rumble, mampu menyamai populariti platform arus perdana.

Sumber – REUTERS

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 11, 2023 12:10 am

Latest Articles

Skip to toolbar