22.2 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Elon Musk beli Twitter dengan harga AS$44 bilion

NEW YORK: Bilionair yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk mencapai rundingan untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.44 bilion), sekali gus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platfrom media sosial itu.

Ia detik bersejarah buat syarikat berusia 16 tahun yang muncul sebagai wadah paling berpengaruh di dunia dan kini berdepan pelbagai jenis cabaran.

Musk sebelum ini yang menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan berucap, mengkritik pendekatan Twitter dan berkata bahawa algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.

Transaksi pembelian Twitter itu diluluskan pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang taruh. Penganalisis menjangkakan bahawa tiada kekangan berhubung aspek kawal selia selepas ini.

Rumah Putih enggan mengulas lanjut berhubung perjanjian dimeterai Musk, namun berkata bahawa Presiden Joe Biden sudah sekian lama mengutarakan kebimbangan terhadap kuasa platfrom media sosial.

“Kebimbangan kami bukan perkara baharu.

“Presiden (Biden) sudah lama menyuarakan kebimbangannya terhadap kuasa platform media sosial, termasuk Twitter dan lain-lain alam menyebarkan maklumat yang salah,” kata jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki, sambil menambah bahawa platform media sosial itu harus lebih bertanggungjawab.

Perbincangan berhubung perjanjian jual beli itu pada minggu lalu dilihat tidak menentu, namun dipercepatkan selepas Musk ‘memikat’ pemegang taruh menerusi butiran kewangan di sebalik penawarannya.

Berdepan tekanan, Twitter mula mengadakan rundingan dengan Musk yang ingin membeli syarikat berkenaan pada kadar harga AS$54.20 (RM235.82) bagi setiap unit saham.

“Kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” kata Musk dalam kenyataan.

Saham Twitter melonjak 5.7 peratus semalam, menghampiri paras AS$51.70. Perjanjian itu mewakili hampir 40 peratus premium harga dagangan ditutup, iaitu sehari selepas Musk mendedahkan butiran pembelian sembilan peratus pegangan Twitter.

Bagaimanapun, tawaran itu di bawah paras AS$70 (RM304.57) yang didagangkan Twitter, tahun lalu.

“Saya rasa jika syarikat itu diberikan masa mencukupi untuk berubah, kita mungkin boleh menjana pendapatan melebihi tawaran dikemukakan Musk,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Boyar Value, Jonathan Boyar, yang mempunyai pegangan dalam Twitter.

Bagaimanapun, katanya, transaksi berkenaan mengukuhkan lagi kepercayaan mereka bahawa sekiranya pasaran awam tidak benar-benar menghargai sesebuah syarikat, seorang pembeli akhirnya akan berbuat demikian.

Sumber : REUTERS

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 5:14 pm

Latest Articles

Skip to toolbar