22.9 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Elon Musk beli 9.2% saham Twitter

Bilionair Amerika Syarikat (AS) yang juga pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk membeli 9.2 peratus saham Twitter, demikian menurut dokumen diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pasaran Saham AS, lapor agensi berita Sputnik.

“Jumlah yang dimiliki: 73,486,938 saham merangkumi saham ‘Common Stock’ yang dipegang oleh Elon Musk Revocable Trust bertarikh 22 Julai 2003 yang mana Elon Musk adalah pemegang amanah tunggal. Peratusan kelas: 9.2 peratus,” demikian menurut dokumen berkenaan.

Selepas penerbitan dokumen itu, saham Twitter melonjak sebanyak 28 peratus pada sesi dagangan pra-pasaran semalam.

Syarikat AS, Twitter Inc diasaskan pada 2006 sebagai firma blog mikro yang beribu pejabat di bandar raya San Francisco, California.

-BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 4:48 pm

Latest Articles

Skip to toolbar