31.7 C
Malaysia
Thursday, May 25, 2023

E-SUKAN MALAYSIA MAMPU LEPASI SASARAN PINGAT DI HANOI

Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) yakin skuad eSukan negara mampu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu emas dan tiga gangsa pada temasya Sukan Sea Hanoi, Vietnam, bermula 12 hingga 23 Mei depan.

Membariskan skuad terkuat, pengurus pasukan, Kelvin Phang Ching Kuen berkata, emas disandarkan kepada barisan pemain “Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile” yang akan diketuai Ahmad Syafiq Imran Mohamad atau QB.

Turut memperkuatkan skuad PUBG negara, Muhammad Dhiya Ulhaq Muhammad Arasz (Uhigh) dan jurulatih, Muhammad Farhan Abdul Gafar (Jangs) yang berpangkalan di Indonesia turut dipanggil untuk bersama skuad negara pada temasya kali ini.

“Skuad eSukan kali ini yang terkuat dan terbaik negara dan Malaysia akan menyenaraikan 47 atlet untuk empat acara.

“Berdasarkan prestasi tiga tahun lalu, saya yakin mungkin kejutan akan berlaku dan kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya dua lagi penamat podium.

“Bagaimanapun kita perlu berwaspada cabaran daripada tuan rumah, Vietnam dan Filipina yang mempunyai barisan pemain yang sememangnya sudah diketahui kekuatan mereka,” katanya.

Untuk rekod, kontinjen eSukan negara akan menyertai “Mobile Legends: Bang Bang” (MLBB), “Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile” (acara berpasukan), “FIFA Online 4”, dan “Arena of Valor”.

Sementara itu, Ahmad Syafiq berkata, dia yakin akan kekuatan skuadnya dan untuk mendapatkan emas itu bukan satu yang mustahil.

“Sasaran emas bagi skuad PUBG bukan satu tekanan, malah saya yakin dengan kekuatan dimiliki biarpun dicabar lawan dari Thailand dan Indonesia yang sememangnya sudah diketahui kekuatan mereka.

“Kemasukan Uhigh dan Jangs bersama pasukan akan memperkuatkan lagi skuad negara dan saya berani beri jaminan kita akan tampil berbeza di Sukan Sea nanti,” kata Ahmad Syafiq.

eSukan mula dipertandingkan di Sukan Sea pada edisi 2019 di Manila dengan Malaysia membawa pulang satu emas menerusi Hearthstone dan satu gangsa menerusi MLLB berpasukan.

Sumber : Harian Metro / Berita RTM

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 25, 2023 2:46 am

Latest Articles

Skip to toolbar