22.6 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Dua video asal rakaman Bella didera, cedera akan ditayangkan di mahkamah

Dua video berkaitan kanak-kanak sindrom down Bella yang dirakam pada 24 Jun tahun lalu di sebuah kondominium ditayangkan semula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Video pertama berdurasi enam minit 23 saat, manakala video kedua berdurasi 41 saat, masing-masing memaparkan penderaan dan kecederaan yang dihadapi Bella.

Kedua-dua video yang dirakam saksi pendakwaan pertama itu dimainkan semula pada sesi pemeriksaan utama di hadapan Hakim Izralizam Sanusi selepas Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas memohon kebenaran untuk tayangan semula.

Terdahulu, semasa video tersebut dimainkan di kamar mahkamah, Zilfinaz gagal menahan sebaknya sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan selama lima minit sebelum ia disambung semula.

Dipercayai kedua-dua video tersebut adalah rakaman asal kejadian yang diambil terus daripada telefon bimbit yang telah dihantar untuk dianalisa di makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Juruanalisis data PDRM, Inspektor Mior Samsul Abd Rahman dalam keterangan saksinya berkata, dia telah menjalankan proses mengekstrak data yang dikehendaki dari sebuah telefon bimbit yang dihantar untuk dianalisa dengan menggunakan perisian XRY milik PDRM.

“Selepas selesai proses itu, saya kemudian membuat proses membesarkan dan menjelaskan imej dari fail video yang dikeluarkan menggunakan aplikasi Video Investigator,” ujarnya.

Tambah saksi pendakwaan kesepuluh itu, kesemua imej yang dikeluarkan daripada video itu dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan dan telah menyerahkannya kepada pegawai penyiasat bersama laporan analisa.

Mahkamah kemudiannya menangguhkan sesi perbicaraan itu dan akan disambung semula pada 29 Jun depan.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 1:02 pm

Latest Articles

Skip to toolbar