KUBANG PASU: Ketika seluruh badan mengalami kegatalan dan digarunya sehingga luka, Noor Asyikin Abdul Aziz, 29, menyangka itu hanya [email protected]
Rasa curi timbul apabila keadaan itu berlarutan hampir dua tahun sebelum dia membuat pemeriksaan di Hospital Jitra dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Akhirnya doktor memaklumkan, apa yang disangka alahan sebenarnya kanser limfoma hodgkin tahap tiga.
“Selepas menjalani beberapa ujian kesihatan, ada benjolan dikesan di bahagian leher. Saya sama sekali tidak menyangka gatal di badan itu petanda saya menghidap kanser, namun saya kuatkan semangat dan menjalani rawatan seperti disaran doktor,” katanya yang sudah selesai enam sesi kimoterapi di HSB setakat ini.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit, di sini hari ini, Noor Asyikin berkata, dia yang bekerja kilang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji hampir setahun kerana keadaan kesihatan tidak menentu selain perlu menjalani rawatan susulan.
Keadaan bertambah perit apabila suami, Mohamad Azril Hafiz Zainon, 26, yang bekerja sebagai pemandu bas ketika itu hilang pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masa terluangnya banyak digunakan bagi mengurus Noor Asyikin.
“Kami ambil keputusan buat pengeluaran dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan termasuk kos saya berulang alik ke hospital. Selepas keadaan kembali pulih, saya sempat bekerja selama sebulan sebelum kanser itu menyerang semula dan tidak dapat meneruskan kerja.
“Saya perlu menjalani rawatan kimoterapi sekali lagi seperti yang disarankan doktor,”katanya.
Mohamad Azril Hafiz yang baru mendapat kerja sebagai pemandu bas ekspres, berkata dia terpaksa meninggalkan Noor Asyikin selama 10 hari berturut-turut untuk bekerja terutama ketika musim perayaan, manakala isterinya pula akan menjalani rawatan di Hospital Ampang, Selangor, bulan depan.
“Sambutan Aidilfitri kami tahun ini hanya sederhana kerana yang penting perlu fikirkan wang bagi kos rawatan, perjalanan dan penginapan di sana nanti. Saya pula baru bekerja dan tak sempat untuk kumpul wang memandangkan tarikh temu janji doktor ke Hospital Ampang semakin dekat,” katanya.
Mohamad Azril berharap kesihatan isterinya semakin baik dan dimaklumkan rawatan transplan bakal dijalani di Hospital Ampang salah satu alternatif untuk membantu Noor Asyikin.
Sumber : Berita Harian
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter